My Dream.. dreaming jek la!!



Peace Be Upon You
I Seek Refuge In Allah From Satan The Rejected
In The Name Of Allah The Beneficent, The Merciful

Perkara yang akan dilakukan pada tahun 2011:

1. Melancong di angkasa
Perrgghhhh..tinggi betul cita-cita kau ni. Pelancongan angkasa yang paling murah pun dah nak dekat USD60 juta, ada duit? Tapi xpe, duit bole kumpul bai..Tiap-tiap bulan simpan 5 juta start Januari, so December nanti cukup lah 60 juta. Hujung bulan December nanti dah boleh take off, dah boleh tempah sekarang ni. Seronok dapat tengok Bumi secara live, selalu tengok kat Google Earth jek dah bosan.

2. Join Real Madrid
Goal.com headline: "Real Madrid bought who-that-person for 40million euro from nowhere." Lepas tu bole jadi pairing striker dengan Higuain, Benzema plak dah boleh panaskan bangku simpanan jek. Gila main Malaysia pun Rajagopal pikir lapan belas kali nak bagi main ke tak, ni kan lagi nak main utk Real Madrid. Pastu siap nak buat front-flip kalo dapat jaringkan gol ala-ala macam Miroslav Klose tu..haha perut mengendut ada hati nk buat front-flip, jatuh tersembam kau karang.

3. Live performance with Maher Zain
Emmm..good idea! Bila berduet jek dengan MZ lagu For The Rest Of My Life, semua girl-girl kat bawah pentas terjerit-jerit menyanyi sama, tergedik-gedik berjoget kat bawah tu. Makcik oi, ni konsert nasyid bukannya konsert Adam Lambert, sopan la sikit. Ehh...MZ datang Malaysia balik lah!!

4. Pelakon utama Transformer 3
Emmmm..nak ke tak nak? nak ke tak nak? nak? ke tak nak? tak nak kot, sebab Megan Fox dah tak jadi heroin. Ceh, apa kau heran dengan Megan Fox tu, yang penting dapat drive yellow Camaro BubleBee..haish..bilalah dapat beli kereta tu.

5. Memperisterikan Oki Setiana


Jauh dah kau berangan ni!!!!!

Fame & Fortune



Peace Be Upon You
I Seek Refuge In Allah From Satan The Rejected
In The Name Of Allah The Beneficent, The Merciful

Sebelum tahun 2010 melabuhkan tirai, jom kita lihat 10 manusia paling kaya on our planet. Not a joke mereka mampu mengumpulkan kekayaan sebanyak ini. Tapi harus diingat, kekayaan harta dunia tidak akan dibawa ke akhirat melainkan harta yg dilaburkan ke jalan kebenaran. Tidak salah untuk mengumpul harta, asalkan untuk tujuan fisabilillah seperti yg dilakukan Saidina Abu Bakar dulu. Jadikan ini sebagai pendorong semangat.

10. Karl Albrecht - 23.5bil USD
Tauke besar hypermarket Aldi. Mesti tak pernah dengar kan Aldi? Memanglah sebab tak masuk Malaysia pun Aldi ni. Tapi kalau nak juga masuk dalam Aldi ni, rajin-rajin la pergi Eropah atau lebih tepat lagi, pergi Jerman. Most interesting, sebelum terbangunnya Aldi, datuk yang dah berusia 90 tahun ni hanya bekerja dekat kedai runcit emaknya. Bisnes punya bisnes, nah kau ada lebih 1000 hypermarket Aldi kat US, belum lg kat negara Eropah.

9. Amancio Ortega - 25.0bil USD
Kepada penggemar jenama Zara, inilah BigBoss dia! Pernah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "From Zero To Zara". Sangat berahsia orangnya, low profile sampai photographer nak ambil gambar pun dia tak bagi, malulah konon.

8. Eike Batista - 27.0bil USD
Mamat ni suka sangat dengan nombor 63, tak tahu la apesal. Mungkin tu target umur dia untuk jadi orang terkaya di dunia kot, sebab mamat ni memang bercita-cita tinggi untuk ke arah tu. Lagipun dia antara manusia yang dapat mengumpul kekayaan dengan cepat. Kalau sebut nama dia pada tahun 2008 memang ramai yg tk kenal, tahu2 jek 2010 dia dah ada 27 bilion dolar. HAMBEK KAU!!

7. Bernard Arnault - 27.5bil USD
Amber Chia mesti suka dengan orang tua ni. Bukan apa, lagipun hampir semua SuperModel di muka bumi ni "menggilai" beliau. Pemilik jenama Louis Vuitton, Christian Dior, Donna Karan...apa lagi kau nak? Kenzo,  Givenchy, Marc Jacobs, TAG Heuer. Dialah taikun dalam dunia fesyen. Orangnya cukup berpengaruh, sampaikan Nicolas Sarkozy panggil dia jadi saksi masa presiden Perancis tu nak kawin. Hey look, he owned 10.69% share of...guess what...Carrefour!!

6. Lawrence Ellison - 28.0bil USD
Oracle Corporation - dialah founder kepada syarikat ini, syarikat teknologi komputer ketiga terbesar  di dunia (selepas Microsoft dan IBM). Pernah menjadi manusia terkaya di dunia untuk beberapa bulan pada tahun 2000, pemegang rekod sebagai CEO bergaji paling tinggi, until now. Apa yang paling best pasal dia ni, dia pernah memiliki Rising Sun, sebelum dia jual kat sape tah. Siapa tak tahu Rising Sun tu ape, google la sendiri.(Hint: Floating)

5. Lakshmi Mital - 28.7bil USD
Menarik: besi adalah sumber kekayaan beliau. Memiliki AncelorMittal Corporation, penggabungan antara Ancelor Corp. dan Mittal Steel yang merupakan syarikat pembekal besi terbesar dunia. Tidak Menarik: mempunya hubungan secara langsung dengan Goldman Sachs.

4. Mukesh Ambani - 29.0bil USD
Dialah orang Asia paling kaya, jauh meninggalkan Li Ka-Shing "kemiskinan" dibelakang. Menjalankan perniagaan oil & gas melalui syarikatnya Reliance Industries yang berpengkalan di India. Mewarisi sumber kekayaan daripada mendiang ayah beliau, dan maklumlah kalau dah harta bapak anak-anak mesti berebut. Boleh pulak dia bergaduh dengan adik dia, nasib baik ada emak boleh jadi orang tengah tolong bahagi2 kan harta, tu pun tak baik2 lagi sampai sekarang. Antilla: rumah paling mahal di dunia - 1 bilion USD....dia punyalah tu. Tak percaya?? Google sendiri!!

3. Warren Buffett - 47.0bil USD
Pelabur yang paling berjaya ini tidak pernah berhenti menjalankan perniagaan pelaburan dalam ekuiti syarikat-syarikat besar di US melalui syarikat induknya, Berkshire Hathaway. Pelaburannya melangkaui sektor makanan, industri, insurans, perbankan, dll termasuk jugalah Goldman Sachs...damn!! So kalau tiba2 mamat ni nak melabur dalam syarikat anda, anda dah boleh start berangan jadi jutawan kerana dia adalah seorang pelabur yang sangat berjaya.

2. Bill Gates - 53.0bil USD
Hahahaha..malas nak bercerita panjang pasal dia ni. Tetapi untuk rekod, semenjak Microsoft membeli Yahoo, Bill Gates tidak pernah lagi menjadi manusia paling kaya di dunia.

1. Carlos Slim Helu - 53.5bil USD
Buat pertama kalinya pada tahun 2010 seorang ahli perniagaan yang berasal dari negara ekonomi membangun menjadi manusia terkaya di dunia. Buat pertama kalinya dalam tempoh hampir 16 tahun, monopoli rakyat US sebagai manusia paling kaya di dunia berjaya dipecahkan. Aset beliau dikatakan melonjak disebabkan nilai saham yang tinggi dalam syarikatnya, Telmex yang merupakan syarikat telekomunikasi terkaya di Amerika Latin. Jika di eropah ada Vodafone, di negara latin mereka ada Telmex (Jika di Asia kita ada Axiata!!). Jumlah pengguna berdaftar dengan talian telefon Celcom mungkin 9 juta, tetapi Telmex mempunyai hampir 500 juta pelanggan berdaftar di seluruh Amerika Latin termasuk negara asalnya Mexico ( dah nama pun Telmex - Telecomunication Mexicano).


Other notable figura:
23. Michael Bloomberg - 18.0bil USD
33. Robert Kouk - 14.5bil USD
50. Roman Abramovich - 11.2bil USD
74. Silvio Berlusconi - 9.0bil USD
89. Ananda Krishnan - 7.6bil USD
117. Rupert Murdoch - 6.3bil USD
144. Giorgio Armani - 5.3bil USD
212. Mark Zuckerberg - 4.0bil USD
316. Steven Spielberg - 3.0bil USD
582. Syed Mokhtar Al-Bukhary - 1.7bil USD




Sumber: Forbes, Fortune, Wikipedia

Wikileaks



Peace Be Upon You
I Seek Refuge In Allah From Satan The Rejected
In The Name Of Allah The Beneficent, The Merciful


Kebebasan media vs Kerahsian negara..wow..very interesting. Bukan kerja senang ni beb nak bocorkan rahsia Pentagon, keep it up!!

Mr. Julian Assange, u tk nk buat wikileaks versi Malaysia ke? Kami ada Altantuya, Scorpene, even sodomy pown ktorng ade...oopppssss...huhu

Al Malikul Mulk



Peace Be Upon You
I Seek Refuge In Allah From Satan The Rejected
In The Name Of Allah The Beneficent, The Merciful

Ya Al-Tawwab, ikhlaskah taubatku ini disisiMu tatkala diri ini masih dibelengu oleh kehitaman semalam. Sungguh telah aku pelihara pancaindera pemberianMu ini sejunjungnya tetapi hati ku masih bermaksiat kepadaMu. Sesungguhnya bukan utk menyombongi diri, tetapi aku berasa malu mengadapMu dikala hati ini acap kali dibasahi dengan kehinaan yg sering diulangi. Engkau tidak pernah jemu memberi keampunan kepada hamba-hambaMu ini pada ketikanya hati hamba-hambaMu ini tidak pernah jemu bermaksiat kepadaMu. Sesungguhnya rahmatMu lebih besar drpd kemurkaanMu....

Ya Al-Matin, teguhkah dinding hati ku ini seteguh dinding KaabahMu sedangkan hanya sebanding daun-daun kering yg jatuh bertaburan di sisi sungaiMu. Kau gagahkanlah nur keimanan di hatiku pada ketika iblis mendatang membisik pembohongan yg nyata lg menyesatkan ke arah Jahannam. Dirikanlah dinding setinggi pemisah yg menghalang neraka bertemu syurga agar dpt ku melihat ZatMu yg Maha Agung di saat tiba ketikanya....

Ya Al-Muta'ali, muliakah hati hambaMu ini seperti ketulusan purnama terhadap malam disebalik kehinaan yg tiada tara hujungnya bak air Nil yg mengalir di bumi para AnbiaMu. Tarafkah aku berdiri diperbentangan para wali yg telah mengesakanMu Ya Dzul-Jalali sedangkan hati ini hanya secebis daripada kemuliaan Abu Bakar. Sungguh tiada mulianya hati ini menerima keindahan disebalik pintu-pintu Ridwan, tetapi tidak pula ku sanggup melintasi pintu-pintu Malik. Kau sirami hati hambaMu dgn air daripadanya salsabil agar pantas ku menaburkan nilai kemuliaan ke atas saudara-saudara Adamku seraya dihindari daripada Zabanis....

Ya Al-Wajid, pantaskah aku dipertemukan dgn sepertinya Fatimah pendukung anak-anakku tatkala hati ini hanyalah secebis terbanding Ali. Tidakku pinta Kau datangkan Siti Zulaikha pada saat aku hanyalah sehelai rambut Yusuf, pintaku hanyalah setinggi cahaya keimanan agar dapat aku melayari bahtera kebahagian bersamanya menuju FirdausMu. KetetapanMu di Loh Mahfuz aku redhai dgn hati yg senang kerna tidak pantas bagi ku memilih yg bukan hak dan sesungguhnya Kau lah yg Maha Mengetahui Ya Al-Qahhar....

Ya Al-Mumit, layakkah aku Kau kirimkan IzrailMu bersama keindahan di barzakh walhal hati ini masih hitam diwarnai oleh kehidupan duniawi. Layakkah aku Kau luaskan akhirat kecilku seluas-luas tujuh lautanMu pada waktu hati ini masih sempit dibuai oleh nikmat dunia yg sekejap cuma. Aku memohon agar Kau terbangkanlah sayap-sayap kecintaan hatiku kepada dunia fana ini setinggi-tinggi tujuh langitMu agar sinar akhiratku bergemerlapan seperti bintang di ufuk timur yg menerangi malam-malamku....

Ya As-Samad, Kaulah tempat ku bergantung dan berharap kerna aku hanyalah hamba yg hina lagi lemah......Amin

OK



Peace Be Upon You
I Seek Refuge In Allah From Satan The Rejected
In The Name Of Allah The Beneficent, The Merciful

Sebelum ni ramai yg bertanya pada tuan empunya blog ni kenapa tiada ruangan utk memberi komen utk entry2 yg dipostkn? Macam mana pembaca nk beri komen utk setiap entry kat dalam blog ni? Kenapa hidden kan komen dlm blog ni? Duwhhhhhh..banyak soal plak. Suka ako lah, blog aku kot....hahaha

Actly blog ni sebenarnya bukanlah blog yg benar2 blog, not a truly blog like others. Blog ni berfungsi hanya sebagai medium utk penulis menghabiskan masa terluang tatkala kebosanan. Penulis menulis blog ni hanya utk suka2 sahaja, just for fun. Yup, i know that.."Bagaimana mana kita mahu memperbaiki diri sendiri jika kita tidak boleh menerima pandangan orang lain". Weyyyhhhhh..kan ako dah ckp ako tulis blog ni suka2 jek, isi masa lapang, dah tu korang xpayah lah susah2 kan diri korang nk mengomen blog ni....

Kadang-kadang penulis tak pernah rasa pown yg blog ni bermanfaat utk para pembaca sebab apa yg ditulis dalam blog ni hanyalah isu-isu yang nonsense. Pernah terdetik dihati to remove this blog, tapi ini lah tempat penulis utk melunaskan kebosanan yg melanda.

Then ada satu lagi soalan yg penulis dpt, mcm mana nak follow blog ko ni wei? Hahahahaha...korang xpayah susah2 nk follow blog ako ni. If I followed you doesn't mean that you have to follow me back!!

Blog ni hanyalah sekadar tulisan-tulisan ala kadar drpd penulis yang kadang-kadang agak merepek dan useless. Kalo ada yg baik daripada blog ni ambil lah ia sebagai keredhaan drpd Allah utk pembaca dan yg buruk tu merupakan kekhilafan drpd penulis yg serba-serbi kekurangan ini.

So kalo ada sape2 yg baca blog ni, just baca jek lah...no need to give a comment or follow this blog.

Untitled



Peace Be Upon You
I Seek Refuge In Allah From Satan The Rejected
In The Name Of Allah The Beneficent, The Merciful


Soundtrack


 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons